PERLUASAN TEACHING SCHOOL DALAM KAMPUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU MULAI TAHUN 2016


LATAR BELAKANG

Di USA, adalah perkara biasa di mana terdapatnya Teaching School atau dinamakan Lab School (sekolah makmal) di dalam kampus institusi pengajian tinggi.  Antara yang terawal adalah di University of Chicago dan Lalo School, UCLA, USA.  Antara fungsi sekolah ini adalah untuk melatih bakal guru, menjalankan ujikaji untuk pembentukan teori baru atau mencuba idea kreatif dan inovasi,  menjalankan penyelidikan pendidikan dan program pembangunan profesionalisme guru.


OBJEKTIF

Teaching School  adalah berkonsepkan sekolah makmal yang mempunyai matlamat penubuhan seperti berikut:

  1. menjalankan penyelidikan dan menguji teori di samping berusaha meningkatkan prestasi sekolah berkenaan.
  2. memperkukuhkan pengetahuan dan amalan dalam pengajaran-pembelajaran guru sekolah, siswa pendidik dan pensyarah IPG;
  3. melaksana atau mencuba pelbagai pembaharuan, kreativiti dan inovasi seperti I-THINK dan KEBAT ke arah kecemerlangan sekolah selaras dengan matlamat memperkasakan sekolah kebangsaan;
  4. mendedahkan murid dengan pengalaman proses pengajaran dan pembelajaran yang berbeza melalui projek kreativiti dan yang dilaksanakan oleh guru, pensyarah dan siswa pendidik;
  5. menyedia dan menambah pengalaman klinikal siswa pendidik terhadap suasana dan amalan di sekolah sebenar; dan
  6. menyediakan sekolah sebagai show-case negara dalam pelbagai aspek seperti pembangunan JERI murid, perpaduan dan jati diri, susun atur dan proses PdP di bilik darjah, kerjasama pelbagai pihak, dan pusat penyelidikan pendidikan yang berterusan.

Disediakan oleh:
Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
1 Ogos 2014

MELAKSANAKAN KAJIAN KEWUJUDAN SEKOLAH DALAM INSTITUT DI IPGKTHO

Klik Saya2